Manes Wordworks
[MANES] Memori Adelia karya Awa Lailani # (L3,PY3)
- Regular price
- RM 30.60
- Sale price
- RM 30.60
- Regular price
-
RM 36.00
Share
Tajuk: Memori Adelia
ISBN: 9786299519560
Penerbit: Manes Wordworks
Muka Surat: 385 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Awa Lailani
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.393 kg
Dimensi (cm): 19.9 cm x 13.1 cm x 3.1 cm
SINOPSIS
Dalam diam, masa lalu kembali menuntut... dan darah sekali lagi menjadi saksi.
Diana Adelia hidup seperti watak misteri dalam sebuah novel. Kisahnya penuh rahsia dan
untuk memahami siapa dirinya, dia harus menyingkap helaian-helaian sejarah silam yang
suram. Namun, sebagai seorang pegawai polis, dia memilih untuk menutup luka lama.
Sehinggalah satu kes pembunuhan bersiri mula membongkar semula trauma yang disangka
telah terkubur. Setiap mangsa ada kesan kelaran di leher. Setiap petunjuk yang ditemui
mengheret Diana lebih jauh daripada ketenangan.
Rakan sekerjanya, Na’il berusaha melindunginya.
Ryan, si wartawan pula datang menagih perhatiannya ketika dia terperangkap dalam
kekeliruan.
“Jangan ambil kesempatan untuk keluar rumah tanpa berteman lagi-lagi dengan Ryan!” –
Na’il
“Kenapa tak boleh?” – Diana
“Sebab tak bolehlah!” – Na’il
“Tapi kenapa?” – Diana
“Sebab kau penting bagi aku....” – Na’il
Siapakah pembunuh sebenar yang digelar The Crucifixion Killer itu?
Apa kaitan setiap kes pembunuhan dengan Diana?
Mampukah Diana bertahan apabila segala rahsia mula terbongkar?
Penulis berjaya menyatukan kisah jenayah, misteri dan cinta dalam sebuah naskhah yang
mendebarkan. Penuh teka-teki dan rahsia yang tak dijangka. – Kamalia Ramlan, Editor