Manes Wordworks
[MANES] Baju Melayu Hijau Serindit karya Syud # (L3,PY4)
- Regular price
- RM 28.90
- Sale price
- RM 28.90
- Regular price
-
RM 34.00
Share
Tajuk: Baju Melayu Hijau Serindit
ISBN: 9786299519546
Penerbit: Manes Wordworks
Muka Surat: 316 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Syud
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.368 kg
Dimensi (cm): 21.5 cm x 13.7 cm x 2.9 cm
SINOPSIS
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus
berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.
~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Namun, hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak
tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama
itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu,
hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah :(
Kata Editor:
Syud bijak sekali ‘memonopoli’ watak-watak utama dalam Baju Melayu Hijau Serindit. Sang
pembaca tentunya akan menyukai, mengasihi, memihak – baik pada Wardah mahupun pada
Pacai. – Noor Suraya, Editor