• WHITE BACKGROUND - 2026-08-05T131014.087
  • WHITE BACKGROUND - 2026-08-05T131035.008
  • WHITE BACKGROUND - 2026-08-05T131059.857
1

Malfuzat Group

[MALFUZAT GROUP] Albania: Fakta Di Sebalik Kejatuhan

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Albania: Fakta Di Sebalik Kejatuhan

ISBN: 9786299807612

Penulis: Norhisyam Bin Mat Yusuf

Penerbit: Malfuzat Group

Muka Surat: 231 m/s

Halaman: Berwarna

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.30 kg

Dimensi (cm): 1.5cm x 20cm x 14cm



SINOPSIS

Albania merupakan sebuah negara Eropah termiskin dan terakhir keluar daripada sistem pemerintahan komunis menjadi sistem demokrasi. Kisah-kisah masyarakat Albania penuh tragis, trauma dan panik serta menyayat hati terutama di bawah pemerintahan rejim komunis yang kejam lagi brutal selama hampir 41 tahun menyebabkan negara ini digelar Korea Utara kedua.

Hitler dan Stalin – dua nama yang tidak asing dalam sejarah dunia. Namun, pernahkah anda mendengar nama Enver Hoxha? Bagi rakyat Albania, namanya bukan sekadar tokoh politik, tetapi simbol satu era yang penuh ketakutan dan penindasan. Malah, pernah tercatat di dinding sebuah bangunan di Tirana tulisan berbunyi:

“Enver Hoxha = Hitler + Stalin + Al Capone + Pol Pot.”

Ungkapan itu menggambarkan betapa dalamnya kesan pemerintahan beliau terhadap rakyat Albania – satu perbandingan yang lahir daripada pengalaman pahit di bawah rejim yang keras dan terasing daripada dunia luar.

Pengungkapan kisah peperangan sengit antara rakyat Albania dan Sultan Muhammad al-Fateh, yang dipimpin oleh pahlawan legenda, Skanderbeg.

Kejatuhan Albania membawa sejuta kisah yang belum pernah anda ketahui sebelum ini.


Tokoh-tokoh berikut pernah berperanan sebagai editor dalam kerjaya mereka:

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malaysia)

Joseph Stalin (Soviet Union)

Adolf Hitler (Jerman)

Enver Hoxha (Albania)