[IBDE] Suri Hati Nabi (Hardcover) # (L71,BL69)
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 50.00
Share
Tajuk: Suri Hati Nabi
ISBN: 9789670037738
Penerbit: IBDE Ilham
Muka Surat: 101 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Aisyah Abdul Rahman
Tahun Terbitan: 2025
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.476 kg
Dimensi (cm): 15.5 cm x 2.2 cm x 23.6 cm
SINOPSIS
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi, ahli politik, pengurus perniagaan, penggembala, bahkan pengasas sebuah empayar dan peradaban yang berpengaruh. Namun pernahkah anda terfikir bagaimana kekasih Allah dan insan yang mulia ini mentadbir rumahtangga? Dan bagaimana pula peribadi dan peranan para suri hati nabi? Dengan gaya penulisan yang santun dan indah, pengarang Aisyah Abdul Rahman (Binti Syati’) membentangkan gambaran kehidupan para wanita di sekeliling Rasulullah yang menemani sepanjang hayat baginda. Kita bukan sahaja dapat mengambil pengajaran dan contoh terbaik hidup berkeluarga daripada insan terpilih, tetapi juga dapat menyingkap sisi manusiawi baginda dalam menguruskan rumahtangga.
Keistimewaan buku ini:
Kulit depan buku ini dihiasi dengan khat tradisi Melayu dan motif flora yang terdapat dalam naskhah al-Quran Terengganu abad ke-19. Bentuk asas bunga berkelopak 12 menampilkan nama-nama suri hati Nabi SAW yang ditulis mengikut urutan: Khadijah binti Khuwailid, Saudah binti Zam‘ah, Aisyah binti Abu Bakr, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah, Zainab binti Jahsy, Juwairiyah binti al-Harits, Safiyyah binti Huyai, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Mariyah al-Qibtiyyah dan Maimunah binti al-Harits.