[IBDE] Jilid 7 - Kitab Halal dan Haram - Ihya' Ulumuddin (Hardcover) # (L59,Y40)
- Regular price
- RM 64.00
- Sale price
- RM 64.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
Tajuk: Jilid 7 - Kitab Halal dan Haram - Ihya' Ulumuddin
ISBN: 9789670037783
Penerbit: IBDE Ilham
Muka Surat: 244 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Tahun Terbitan: 2025
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.541 kg
Dimensi (cm): 15.3 cm x 2.7 cm x 23.5 cm
SINOPSIS
Kitab ini merupakan kitab keempat dalam Suku Adat daripada Ihya Ulum ad Din. Kitab ini menyediakan panduan buat para pembaca untuk membezakan antara harta vang halal, haram dan syubhah, lalu berpada dengan yang halal sahaja. Selain itu, kitab ini turut mengajarkan cara menguruskan harta yang haram dan syubhah, selain memuatkan sejumlah persoalan berkaitan pengurusan harta yang melibatkan pihak lain.
Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn adalah mahakarya Imām al-Ghazālī. Ia mengandungi 40 buah kitab yang dikumpulkan dalam empat bahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Dengan memberikan tumpuan kepada unsur kerohanian, Al-Imam mengarang Ihya’ ketika berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.