• 219
  • 220
  • 221
  • 222
  • 223
  • 224
1

Hijjaz Record Publishing

[HIJJAZ RECORD] Legenda dan Cerita Rakyat Dunia Melayu: Kisah-kisah Penglipur Lara (L7)

Regular price
RM 33.06
Sale price
RM 33.06
Regular price
RM 38.90
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Legenda dan Cerita Rakyat Dunia Melayu: Kisah-kisah Penglipur Lara

ISBN: 9786297777009

Penerbit: Hijjaz Record Publishing

Muka Surat: 271 m/s

Halaman: Berwarna

Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.469 kg

Dimensi (cm): 20.9 cm x 14.5 cm x 1.4 cm



SINOPSIS

CERITA RAKYAT MELAYU sering diselitkan dengan unsur sejarah yang mengandungi mesej positif dan mampu mendorong pembentukan jati diri masyarakat. Cerita rakyat juga menjadi sebahagian dari kekayaan budaya dan sejarah yang dimiliki setiap bangsa. Begitu juga dengan Malaysia. Jika dikaji dengan teliti, negara kita sebenarnya memiliki cerita rakyat yang sangat menarik.

Cerita-cerita rakyat boleh diertikan sebagai ekspresi budaya sesuatu masyarakat melalui tutur bahasa yang berhubungan secara langsung dengan pelbagai aspek budaya dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. Pada zaman dahulu, cerita rakyat diwariskan secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya secara lisan. Pada umumnya, cerita rakyat mengisahkan tentang kejadian pelbagai perkara seperti kejadian alam semesta.

Kebanyakan tokoh-tokoh dalam cerita rakyat biasanya ditampilkan dalam pelbagai bentuk, baik yang berupa binatang, manusia ataupun dewa. Kesemua watak-watak ini sering disifatkan sebagai manusia. Cerita rakyat sangat digemari oleh masyarakat kerana dapat dijadikan sebagai teladan, penglipur lara dan juga jenaka. Selain itu, cerita rakyat juga mengandungi ajaran tentang budi pekerti atau pendidikan moral dan hiburan bagi masyarakat. Namun, ramai yang masih lagi tidak jelas tentang perbezaan antara mitos, dongeng, legenda dan hikayat yang merangkumi cerita rakyat yang sering didengar sejak mereka masih kecil lagi.

Legenda pula adalah cerita prosa rakyat yang dianggap benar-benar terjadi oleh penyampai cerita tersebut. Biasanya legenda kerap dijadikan sebagai sejarah kolektif. Isi dan tema cerita legenda berkaitan dengan tokoh-tokoh terkenal yang dipercayai pernah hidup suatu ketika dahulu dan sering dikaitkan dengan sifat kepahlawanan yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Cerita legenda sering kali dibuat secara berlebih-lebihan dan melampaui kelaziman yang biasa dimiliki oleh seorang manusia. Cerita-cerita tentang tokoh legenda ini juga sering bercampur aduk antara unsur sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh legenda biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan sesuatu bangsa seperti memiliki rupa paras yang kacak, berperibadi mulia, bijaksana dan dikagumi setiap orang.

Legenda lebih berpijak di bumi nyata, iaitu tokoh yang dipusatkan ‘lazimnya memang pernah hidup dan banyak jasanya. Mereka disenangi dan menjadi sebutan masyarakat, lantaran itu perwatakan mereka telah ditokok tambah oleh masyarakat. Latar belakang kisah legenda juga berpusat di dunia nyata bukannya dunia khayalan. Antara contoh kisah legenda adalah seperti Hang Tuah dan Mahsuri.


KISAH-KISAH LEGENDA & CERITA RAKYAT DUNIA MELAYU – BAHAGIAN I merangkumi topik:

Legenda & Cerita Rakyat Tanah Melayu

Tarian Menora, Wayang Kulit, Ulik Mayang dan Mak Yong

Mek Mulung, Awang Batil dan Hamdolok

Randai, Wayang Bangsawan dan Jikey

Badang, Si Tanggang dan Malin Kundang