• WHITE BACKGROUND F
  • WHITE BACKGROUND F (1)
  • WHITE BACKGROUND F (2)
1

HA NOVEL

[HA NOVELS] Leygia Precious Ophira (L105)

Regular price
RM 40.50
Sale price
RM 40.50
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Leygia Precious Ophira

ISBN: 9786297944012

Penerbit: HA Novels

Muka Surat: 511 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Hash Aulia

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 1 kg

Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm


SINOPSIS


“Aku takkan kahwin dengan Ley. Rosak keturunan nanti. Euw. Cukuplah Sky dengan Gun je.”

Itulah kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Gia Hererna.

Namun siapa sangka, takdir boleh berubah 360 darjah apabila lelaki yang dicintainya sepenuh hati, tidak muncul pada hari perkahwinan mereka.

Di saat dewan mula dipenuhi bisikan, keluarga mula panik, dan maruah hampir menjadi bahan tontonan...

Ley Emmar muncul menyelamatkan keadaan.

Tanpa dirancang.

Tanpa persetujuan.

Tanpa sempat Gia menghalang.

“Aku terima nikahnya Gia Herrena binti Zulu Amri dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.”

Dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri dek keadaan yang memaksa.

Dan sejak hari itu, kehidupan mereka berubah menjadi sesuatu yang... langsung tidak normal.

Malam pertama perkahwinan, Gia halau Ley tidur di luar.

Malam kedua, Gia paksa Ley tidur dengan abangnya, Geo.

Malam ketiga, Zulu sendiri terpaksa campur tangan. Mereka tidur sebilik... tetapi bukan sekatil.

Silap sedikit saja...

Terajang yang Ley dapat.

Siapa sangka The King of Red Argon, lelaki yang namanya sahaja mampu membuat orang lain kecut perut... boleh diterajang tanpa belas oleh isterinya sendiri.

“Kau tahu tak kau terajang siapa? The King. Sesiapa saja dengar nama aku, kecut perut.” — Ley

“Aku terajang Ley Emmar. Budak gila tak simun. Kenapa kau pergi lafaz akad tu? Aku dah cakap kan aku takkan kahwin dengan kau.” — Gia

“Jadi kau rela dimalukan pada hari pernikahan kau?”

“Malu tu sekejap je. Jadi isteri kau? Itu yang boleh buat aku gila selama-lamanya.”

Perkahwinan mereka saja daripada normal.

Tak seperti Sky dan Gun yang penuh cinta.

Mereka lebih kepada anjing dan kucing.

Tom dan Jerry.

Pantang bertemu, pasti ada yang terbang.

Kalau bukan kuali...

Kerusi.

Paling teruk... duit Ley sendiri.

Sebab Gia, seorang hacker genius, tak pernah teragak-agak menggodam akaun suaminya.

“Kau nak suruh aku miskin ke, Gia? Ambil sepuluh ribu cukuplah. Takkan sampai tiga puluh ribu?” — Ley

“Itu denda sebab kau tersentuh bahu aku semalam.”

Ley terngadah.

Sentuh bahu saja hilang lima puluh ribu.

Bayangkan kalau tersentuh tempat yang lebih sensitif...

Terus muflis.

Hari demi hari, rumah mereka berubah menjadi chaos yang tak pernah sunyi.

Namun di sebalik pergaduhan yang tidak pernah berhenti...

ada sesuatu yang perlahan-lahan tumbuh.

Rasa melindungi.

Rasa possessive.

Dan obsesi yang semakin sukar dikawal.

Bagi Ley Emmar...

hanya dia yang boleh menyentuh Gia.

Dan jika ada lelaki lain berani melukai wanita itu, siapalah dia!

“He touched Gia, Gun. He’s driving me crazy. I’m gonna kill him.”

Dalam kebencian, tanpa mereka sedar...

dua hati yang saling menolak itu perlahan-lahan terikat menjadi satu.

Mencintai tanpa sedar.