• my-11134207-7rash-m9zbnmijlmuq22
  • WHITE BACKGROUND TIK TOK (1080 x 1080 px) (2)
  • WHITE BACKGROUND TIK TOK (1080 x 1080 px) (3)
  • AKIF EASYSTORE COVER (11)
1

Fajar Pakeer

[FAJAR PAKEER] Hak Milik Terindah

Regular price
RM 24.65
Sale price
RM 24.65
Regular price
RM 29.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [FAJAR PAKEER] Hak Milik Terindah

ISBN: 9789838223287

Penerbit:  FAJAR PAKEER

Muka Surat: 566 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis:  Moonjni

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.440 kg

Dimensi (cm) : 18 cm x 11 cm x 2 cm



SINOPSIS

Waktu adalah hakim yang bisu, menghukum tanpa kata, menghitung tanpa belas.



Ada masanya luka tidak sembuh dengan waktu. Ada maaf yang hanya menjadi angin lalu, tidak pernah singgah di hati yang keras membeku.



Dia hanya menginginkan seorang pelindung, tatkala kehilangan lelaki yang bernama ayah. Siapa menduga, lelaki yang diharap menjadi perisai, akhirnya menjadi tangan yang meranapkan seluruh sisa bahagianya. 



Aku takkan relakan diri aku untuk masuk dalam neraka tu lagi. Tolonglah padam niat kau untuk buat hidup aku hancur. Aku bukan punca kematian dia.” - Hurin Nisreena



Ftnah itu seperti ribut yang menggila, menyapu bersih setiap helaian impiannya. Dia pergi bukan untuk lari, tetapi untuk menyulam semula jiwanya yang robek oleh luka semalam.



Namun, pertemuan sekali lagi membuka rahsia yang tersembunyi darinya selama enam tahun.



“Kau tahu aku berdendam pada kau sebab apa. Tapi kenapa kau kunci mulut untuk beritahu aku hal sebenar? Kenapa kau tak jujur dengan aku dari awal?!” – Farhan Hudzaifah



Benarkah peluang terakhir bukan sekadar hadiah tetapi ujian?



Dalam kisah ini, dendam telah menang. Ia merampas segala yang pernah ada, meninggalkan hanya sepi dan kekosongan. 



Sejauh mana hati mampu belajar dari kesilapan? Seberapa dalam keikhlasan untuk berubah?



Ia bukan tentang mengulangi semula apa yang pernah ada, tetapi tentang mencipta sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.



“Sekeras mana pun kau nakkan sesuatu tu. Kau memang takkan dapat. Tolonglah berpijak di dunia nyata. Tak semua benda yang kau nak, kau akan dapat.”