CEREKA
[CEREKA] Kembara (L106)
- Regular price
- RM 11.61
- Sale price
- RM 11.61
- Regular price
-
RM 12.90
Share
Tajuk: Kembara
ISBN: 9786299596561
Penerbit: Amanz Media Sdn Bhd
Muka Surat: 73 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Intan Yuhanis
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.16 kg
Dimensi (cm): 0.7cm x 18.5cm x 12cm
SINOPSIS
“Bangun! Selamat pagi, cikgu!” ucap Hazim, ketua kelas Enam Langkasuka, diiringi oleh 29 rakan sekelasnya yang lain.
“Selamat pagi, semua. Duduk,” balas Cikgu Abraham.
“Baik, semua. Sila….”
Belum sempat Cikgu Abraham menghabiskan potongan ayatnya itu, satu pengumuman berkumandang di pembesar suara sekolah.
“Perhatian!” Suara Cikgu Amran, guru besar Sekolah Kebangsaan Sinar Adat. “Perhatian kepada murid yang bernama Mohd Hakim dan Mohd Daniel dari kelas Enam Langkasuka. Sila hadirkan diri ke pejabat sekarang.”
Hakim mencari rakan sekelasnya yang duduk bersebelahan dengan tingkap. Muka mereka sudah memanas apabila diberi perhatian oleh rakan-rakan dan Cikgu Abraham. Dahi masing-masing berkerut memikirkan sebab mereka dipanggil. Ke pejabat guru besar pula tu! Mereka ada buat salah apa-apa ke? Masalah keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan ke?
Mustahil ia mengenai keputusan peperiksaan kerana mereka merupakan antara murid cemerlang dalam akademik. Walaupun mereka mempunyai minat dalam bidang yang berbeza, tetapi mereka berdua tetap menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Hakim dan Daniel juga aktif dengan aktiviti yang dikelolakan oleh pihak sekolah, mahupun aktiviti luar sekolah. Aktif sangat pun tak boleh ke?