CEREKA
[CEREKA] Inderaloka (L130)
- Regular price
- RM 25.20
- Sale price
- RM 25.20
- Regular price
-
RM 28.00
Share
Tajuk: Inderaloka
ISBN: 9786299527992
Penerbit: Amanz Media Sdn Bhd
Muka Surat: 196 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Bahaduri Jati
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.39 kg
Dimensi (cm): 1.3cm x 18.5cm x 12cm
SINOPSIS
Empat puak, empat sakti, empat benua. Tatkala kesatuan memayungi langit Inderaloka, maka tumbanglah Sargon, naga berkepala tiga. Namun, benih tamak tidak pernah terhapus. Puak Nekros kini memburu Baiduri Abyss, permata terlarang yang bisa membangkitkan kematian dan menjungkarbalikkan hukum dunia.
Dalam bayang istana Aerasta, lahirnya seorang putera tanpa sayap. Dek malunya sang raja, baginda memerintah agar anak itu dihapuskan daripada sejarah. Namun takdir memilih jalannya sendiri—dan tangan yang menolak membunuh telah menyelamatkan waris terakhir takhta.
Zaman pun berlalu. Dalam tenang, pengkhianat mula menggenggam kuasa. Baiduri Abyss terlepas daripada jagaan. Dan dari celah kabus purba, Sargon bersiap untuk dibangkitkan semula.
Kini, seluruh harapan terletak pada bahu seorang perjaka yang dahulunya dipinggirkan. Putera buangan itu, kini perlu memikul tanggungjawab bagi mengembalikan keamanan Inderaloka.
Dialah Andhika, pewaris Tukul Amarasuli.