• WHITE BACKGROUND MIRUL (7)
  • WHITE BACKGROUND MIRUL (8)
  • my-11134207-7rask-m9sqcnr51l28db
  • my-11134207-7rasc-m9sqcnqv3e9eca
1

Thyora

[THYORA] Di Antara Dua Sujud #

Regular price
RM 38.25
Sale price
RM 38.25
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Di Antara Dua Sujud

ISBN: 9786299948469

Penerbit: Thyora

Muka Surat: 329 m/s

Halaman: Berwarna

Penulis: Fathyakan & Oramawaddah

Tahun Terbitan: 2025

Format: Paperback

Berat (kg):  0.499 kg

Dimensi (cm): 21 cm x 15 cm x 2 cm



SINOPSIS

Inara Lyadra, seorang anak bangsawan, pemilik jiwa seni yang rapuh namun kuat, membawa lukanya merantau ke Turki dan Mesir. Dia tidak lari kerana cinta, tetapi kerana kecewa dengan seorang ayah yang menyakiti wanita yang paling dia cintai, ibunya. Di tengah kota lama, langit Istanbul dan lorong-lorong kecil Kaherah menjadi saksi hatinya yang mencari tenang.

Zayd Zafriel, anak seorang ustaz kampung, jiwa bebas yang menolak untuk menjadi bayang-bayang legasi bapanya. Dia tidak hanya suka merantau, tetapi dalam setiap perjalanan, dia seolah-olah sedang mencari serpihan dirinya yang hilang, jauh dari semua gelaran dan harapan manusia.

Pertemuan mereka di hadapan Masjid Al-Azhar, Mesir, bukan kebetulan. Tetapi saat Inara membuka ruang untuk mengenal, Zafriel tidak pernah memberi jawapan yang pasti.

Lalu takdir pun bermula.

Saat Inara hampir putus harapan, muncul Malik, seorang ustaz bangsawan yang soleh dan sekufu, membawa lamaran yang terlalu baik untuk ditolak. Dalam waktu yang sama, Zafriel dihimpit oleh Aliya, wanita obsesif yang tidak pernah berhenti mengejarnya.

Kini Inara di persimpangan paling getir. Haruskah dia terus menunggu lelaki yang pernah membuat jiwanya bergetar dalam diam, atau memilih lelaki yang datang membawa nama dan pilihan keluarga?