• 90
  • 91
  • 92
  • 93
1

[NORA JANE] Nostalgia 270 Hari Aku, Afrika & Pandemik (L81,Y15)

Regular price
RM 41.65
Sale price
RM 41.65
Regular price
RM 49.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Nostalgia 270 Hari Aku, Afrika & Pandemik

ISBN: 9786299934110

Penerbit: Nora Jane Wahab

Muka Surat: 354 m/s

Halaman: Berwarna

Penulis: Nora Jane Wahab

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.391 kg

Dimensi (cm): 21 cm x 14.5 cm x 2.6 cm



SINOPSIS

Dalam travelog ini, Nora Jane Wahab, iaitu penulis, akan membawa pembaca menyelami perjalanan luar biasa seorang wanita Malaysia yang ‘mengembara’ secara solo ke beberapa negara di benua Afrika, termasuk Uganda, Ghana dan Sudan, selama 270 hari di tengah-tengah cabaran pandemik COVID-19.

Buku ini mengandungi 10 bab utama dimana ia mencatat pengalaman bagaimana dari tawaran kerja ke bumi Afrika spesifiknya negara Uganda telah bertukar menjadi kisah ‘menjelajah’. 

Antara cerita menarik dari 10 bab ini adalah tentang pemerhatian berkaitan agama dan politik di lokasi pemastautin penulis disamping sedikit sebanyak belajar perihal adaptasi dan toleransi dari penduduk setempat yang pelbagai kepercayaan. 

Penulis juga menyediakan satu bab khas untuk menceritakan pengalaman bagaimana Uganda menangani konflik pandemik covid yang agak berbeza di Malaysia disamping kenangan dijagai seorang doktor dan dikuarantin semasa beliau sendiri terkena Covid19. 

Selain itu, kisah penulis yang berjaya mengikuti beberapa siri program kemanusiaan di negara Uganda telah menyentuh perasaan dari sudut tanggung jawab sesama manusia. Tambahan kepada kandungan buku ini juga, penulis turut menceritakan pelbagai kisah pertemuan yang mengujakan dan juga kisah persahabatan yang mampu membuka minda perihal Afrika yang selalunya sering dikaitkan hanya dengan perkara-perkara negatif sahaja.

Sepanjang pengembaraan ini, penulis bukan sahaja berdepan dengan ketidakpastian dunia yang sedang bergelut dengan krisis kesihatan global covid-19, tetapi juga menemui makna sebenar kebebasan, kepercayaan diri, dan ketabahan, yang menguji daya tahan mental dan fizikalnya. 

Beliau berkongsi pengalaman bertemu dengan pelbagai individu yang mengubah cara beliau melihat dunia melalui kehidupan di Afrika spesifiknya di Uganda, Ghana dan South Sudan yang walaupun dengan kesulitan dan kekurangan hidup, mereka masih melayan pengembara dengan kasih sayang, keramahan dan kemesraan.

Buku ini bukan sekadar catatan perjalanan, tetapi juga sebuah refleksi tentang keberanian untuk keluar dari zon selesa, menghadapi ketakutan, dan merangkul kehidupan dengan penuh keyakinan. Ia mengajak pembaca untuk merenung tentang batasan yang sering kita cipta sendiri, iaitu batasan yang mungkin menghalang kita daripada mengejar impian dan meneroka dunia tanpa rasa takut.

Travelog ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk mengembara secara solo, mencari inspirasi dalam menghadapi cabaran hidup, atau sekadar ingin menikmati kisah penuh warna-warni tentang kehidupan di Afrika dari perspektif seorang rakyat Malaysia yang melihat sendiri cara dan corak hidup masyarakat di benua yang tidak popular ini.