Alim Rabbani
[ALIM RABBANI] Riba Dan Hutang Piutang Dalam Muamalat # (L132)
- Regular price
- RM 25.50
- Sale price
- RM 25.50
- Regular price
-
RM 30.00
Share
Tajuk: Riba Dan Hutang Piutang Dalam Muamalat
ISBN: 9786297551098
Penerbit: Alim Rabbani
Muka Surat: 194 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.270 kg
Dimensi (cm): 22.5 cm x 15 cm x 1.5 cm
SINOPSIS
Siri Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Buku ini mengangkat suara dan pemikiran ulama tersohor tanah air iaitu Almarhum Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam mentafsirkan ayat-ayat muamalat daripada Surah al-Baqarah. Dengan gaya penyampaian yang bersahaja tetapi tajam, beliau menghuraikan larangan riba dan prinsip hutang piutang secara tuntas dalam usaha beliau mengajak umat Islam untuk memahami dasar keadilan ekonomi yang dibawa oleh Islam.
Menerusi ayat 275 hingga 284 Surah al-Baqarah, Tuan Guru mengupas secara mendalam tentang ancaman terhadap pengamal riba yang disamakan seperti orang yang dirasuk syaitan. Juga mengenai kewajipan individu Muslim menzahirkan ketakwaan dalam urusan kewangan dan kepentingan dokumentasi hutang sebagai satu bentuk tuntutan agama. Tafsiran beliau bukan sahaja berlandaskan teks wahyu tetapi juga menyentuh realiti kehidupan rakyat marhaen yang berdepan dengan sistem ekonomi konvensional yang serba menekan.
Melalui kupasan yang Tuan Guru sampaikan, pembaca akan melihat bagaimana sistem zakat dan sedekah yang digariskan oleh Islam mampu menghapuskan penindasan di samping menyemai sifat kasih sayang sesama manusia di dalam masyarakat. Turut disertakan ialah kritikan tajam beliau terhadap kezaliman sistem riba serta saranan praktikal beliau berdasarkan figh dan hikmah dalam menangani hutang.
Buku ini bukan sekadar untaian tafsiran ayat-ayat Al-Quran semata-mata, malahan sebagai satu bentuk seruan bagi membina sebuah tamadun ekonomi yang adil, berkat dan berpaksikan nilai 'ubudiyyah kepada Allah Ta'ala, Inilah karya penting yang harus dihadam oleh generasi masa kini yang ingin memahami idea dan pemikiran seorang mursyid, pejuang dan pemimpin yang digelar murabbi ummah.