Empty Image

Pak Latip Resources

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz: Khalifah Terbaik Umayyah

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 40.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk:Â Khalifah Umar Bin Abdul Aziz: Khalifah Terbaik Umayyah
ISBN:Â 9789672234807
Penerbit:Â Latip Dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 323
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.385kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 1cm
Â
SINOPSIS
Â

At-Tirmizi menceritakan bahawa Khalifah Umar al-Khattab berkata, "Daripada anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupaiku dari segi keberaniannya dan memenuhkan dunia dengan keadilan."

Khalifah Umar bin Abdul Aziz lahir daripada keluarga bangsawan Bani Umayyah pada sebelah bapanya. Ibunya pula cucu kepada Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah ar- Rasyidin yang kedua.

Beliau menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau memecat gabenor yang zalim dan pegawai yang boros. Segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan. Beliau mengembalikan semula tanah-tanah rakyat yang dirampas oleh Khalifah Bani Umayyah sebelumnya kepada tuan asalnya. Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman moyangnya, Khalifah Umar al-Khattab yang dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz amat berhati-hati dengan harta, terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Semua harta peribadi miliknya termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal. Selain itu, beliau mengambil berat kebajikan rakyat yang miskin dengan menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Beliau juga menitikberatkan penghayatan agama dalam kalangan rakyatnya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz menghembuskan nafas yang terakhir ketika berumur 40 tahun, selepas memerintah selama dua tahun lima bulan.

Umar bin Asid berkata, "Demi Tuhan, Umar bin Abdul Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki itu berkata kepada orang ramai, Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu.' Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar menjadikan rakyatnya kaya-raya."