PENERBIT X
[PENERBIT X] Siri Puaka Sekolah: Bilik Jahitan (M19,Y39)
- Regular price
- RM 10.20
- Sale price
- RM 10.20
- Regular price
-
RM 12.00
Share
Tajuk: Siri Puaka Sekolah: Bilik Jahitan
ISBN: 978-967-369-996-4
Penerbit: Penerbit-X
Muka Surat: 144 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Vee Dia Yusof, Nadiyah Zolkepli, Zalipah Ibrahim
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.107 kg
Dimensi (cm): 18.4 cm x 11.4 cm x 0.9 cm
SINOPSIS
Ketika pintu itu terbuka, Layla terpaku. Suasana di dalam bilik jahit gelap, tetapi ada sejalur cahaya samar memancar pada sebuah mesin jahit lama di tengah bilik.
Di situ, seorang perempuan berkebaya merah duduk tekun menjahit. Rambutnya disanggul tinggi, dengan sekuntum bunga dahlia putih terselit di celah sanggul. Bibirnya merah bak delima, dan ketika dia mendongak memandang Layla, sebuah senyuman menghiasi wajahnya.
“Cik nak tempah baju?”
Tubuh perempuan itu meregang. Kulitnya mula merekah dan rambutnya bertukar kasar seperti bulu kera. Mulutnya pula menyeringai, mendedahkan deretan gigi tajam yang seperti bersedia untuk merobek mangsanya. Mata merah menyalanya memandang tepat pada Layla...
* * * * *
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.