Must Read Sdn Bhd
[MUST READ] Jeda Jiwa karya Yaya Samad # (L90)
- Regular price
- RM 25.50
- Sale price
- RM 25.50
- Regular price
-
RM 30.00
Share
Tajuk: Jeda Jiwa
ISBN: 9789670078939
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Muka Surat: 404 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Yaya Samad
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.364 kg
Dimensi (cm): 19 cm x 12.5 cm x 3 cm
SINOPSIS
Ahmad Shahrul Arqam. Namanya dikenali sebagai pelajar tahun lima jurusan pergigian yang kelihatan tenang, matang, dan terurus. Dia tidak pernah lewat ke klinik, tidak pernah tinggi suara, dan sentiasa menyelesaikan tugas dengan cermat. Tapi di sebalik ketenangan itu, ada sesuatu yang perlahan-lahan mereput dari dalam. Arqam bukan sempurna. Dia cuma terbiasa menahan. Tekanan klinikal, beban expectation keluarga, partner klinik yang pasif-agresif, dan sistem yang lebih menghukum daripada menyembuh — semuanya membentuk ruang hidup yang sunyi. Dan dalam sunyi itulah dia mula hilang arah, sedikit demi sedikit, tanpa siapa perasan.
Segalanya berubah apabila dua insan datang dalam hidupnya — bukan untuk mengisi kekosongan, tapi untuk mengingatkan dia tentang satu perkara: dia tak keseorangan.
Haikal — pesakit walk-in yang sebenarnya pelajar perubatan. Ceria, suka menyakat dan spontan. Tapi di sebalik ketawa itu, Haikal menghidap Major Depressive Disorder. Dia tahu rasa ‘kosong’. Dia tahu apa ertinya berpura-pura gembira supaya tak menyusahkan orang. Bersama Haikal, Arqam buat pertama kali belajar menerima manusia apa adanya. Dan dalam proses merawat mulut pesakit, dia belajar juga tentang luka-luka yang tak nampak pada X-ray.
Ameera Azwa — staf kaunter separuh masa yang tak pernah menonjol, tapi diam-diam memerhati. Dia tak ada gelaran ‘doktor’, tak ada sijil klinikal. Tapi hatinya cekap membaca orang. Dalam diam, dia tahu Arqam sedang bergelut. Dan dalam diam juga, dia belajar bahawa untuk menyelamatkan seseorang… kadangkala, kita perlu langgar permintaan mereka sendiri.
Puncak tekanan datang sewaktu Arqam dilantik jadi ketua Outreach Paediatrics projek komuniti. Lututnya yang koyak dibiarkan tanpa rawatan kerana mahu kejar requirement. Partner kliniknya, Hakimi, semakin menggila kerana cemburu. Haikal pula mengalami relapse dan cuba melemaskan diri. Dan tak lama selepas itu, buku log Arqam hilang — simbol tiga tahun pengorbanannya lenyap begitu saja. Dalam diam juga, Arqam akhirnya hilang kekuatan.
Jeda Jiwa bukan kisah cinta. Ini bukan kisah lelaki dan perempuan saling jatuh hati dan menyelamatkan antara satu sama lain. Ini kisah tentang seorang lelaki yang hampir hilang diri sendiri kerana tak tahu bila patut berhenti. Ini kisah tentang kawan yang tak sempurna, tapi tak pergi. Tentang kekuatan yang tak bersuara, tapi tetap bertahan.