Idea Kreatif
ARIES BY HUNNY OW - IDEA KREATIF # (Z13)
- Regular price
- RM 21.60
- Sale price
- RM 21.60
- Regular price
-
RM 27.00
Share
Tajuk: ARIES BY HUNNY OW - IDEA KREATIF #
ISBN: 9789672803669
Penerbit: IDEA KREATIF PUBLICATION
Muka Surat: 490 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: HUNNY OW
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.395 kg
Dimensi (cm): 18.4 x 11.3 x 2.3
SINOPSIS
“Matikan identiti sebenar dia. Aku nak kau hidupkan perempuan ini dengan nama Aries!” - Tengku Rexian.
Maka, bermulalah kisah duka seorang Nur Aynaries Delisha. Hidupnya bersama Mak Timah, tak pernah ada yang manis. Caci maki dan sepak terajang adalah ‘makanannya’ setiap hari.
“Kalau kau rasa kesian, kau ambillah Aries tu jadi anak angkat kau!” - Mak Timah.
“Cuba mak fikir, kalau kita jual Aries tu, tak ke kita akan jadi kaya?” – Riena.
Bila Aries tahu rancangan jahat untuk menjualnya, dia lari membawa diri. Pun begitu, dia bagaikan terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau. Pertemuannya dengan Tengku Rizqish membuka lembaran duka buat kali kedua.
“Ingat Riz, dia bukan Elisha. Dia Aries.”- Aydeen.
“Aku ambil dia bukan sebab muka dia sama dengan Elisha. Tapi sebab aku perlukan maid.” – Tengku Rizqish.
Apa yang dikata oleh Tengku Rizqish, tidak seperti apa yang dikota. Sebaliknya, Aries menjadi mangsa sakit hati dan dendamnya yang telah sekian lama terpendam.
“Kalau aku tahu Aries tu Elisha, dari dulu lagi aku dah bunuh dia!” – Tengku Rizqish.
“Kau jangan buat kerja gila, Riz, Aries tu masih tunang kau!” – Danny.
“Tunang aku dah lama mati, Danny!” - Tengku Rizqish.