• dhira & zehan background (86)
1

Pelita Dhihin

Hikayat Salim Adil # (L39)

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Hikayat Salim Adil membawa beberapa isu dan persoalan penting khususnya dalam perkembangan sastera Melayu moden yang berterusan sejak ASAS 50 menguasai sastera Melayu melalui kegiatan kewartawanan tempat mereka bekerja.

Karya ini adalah sebuah autobiografi intelektual yang keluruhnya berasaskan wacana pemikiran, bukannya berasaskan peristiwa yang berbentuk cerita seperti autobiografi biasa. Karya ini digarap dengan konsep dan teknik “stylization of ideas” yang diperkenalkan oleh Gagasan Persuratan Baru.

Walau bagaimanapun, peristiwa terpilih yang sesuai masih tetap dimasukkan untuk membantu pembaca memahami perkembangan peribadi seorang penulis yang serius.

Adapun yang penting di sini bukan peristiwa, tetapi isu dan persoalan penting yang menjadi tunjang kepada perkembangan intelektual dalam persuratan Melayu, sama ada yang berbentuk kreatif mahupun yang berbentuk kritikan sastera.