Sentap Press
Aku Bukan Ustaz # (L15,PY10)
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Penerbit: Sentap Press
Penulis: Najmi FetihTahun Terbitan: 2025
Muka Surat: 505 m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.405 kg
Dimensi (cm): 18.5 cm x 11.5 cm x 4 cm
SINOPSIS
Luth Mikail, seorang pemuda yang dibesarkan di dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil. Bapanya, seorang Imam yang disegani di tempat tinggal mereka yang juga pengetua sebuah madrasah.
Luth sepatutnya menggantikan ayahnya untuk menjadi pengetua di madrasah, namun dia sudah menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Harapannya untuk mengejar cita-cita dan menimba pengalaman di tempat baru begitu membara, namun dia tidak pernah menyangka bahawa kehidupannya di alam universiti akan mengubah segala-galanya.
Iman yang selama ini teguh mula dijentik angin was-was. Dia mula diuji semenjak hari pertama dia memulakan pengajiannya di universiti awam tersebut.
"Dosa tetap dosa. Tiada beza siapa yang melakukannya. Tetapi mengapa apabila aku, ianya dinilai berbeza?"
Rasa tidak adil mula membelenggu jiwa Luth. Persoalan demi persoalan timbul, sehingga dia memberontak dalam diam.
Dalam kelelahan jiwa, dia melontarkan persoalan kepada Tuhan:
"Kenapa aku diuji sebegini, ya Allah? Tidak cukupkah aku beramal denganMu sejak dari kecil sehingga sekarang??"
Novel Aku Bukan Ustaz mengangkat tema keteguhan iman, konflik dalaman, dan pencarian makna kehidupan seorang anak muda dalam menempuh ujian dunia. Kisah ini menyentuh realiti kehidupan, bahawa iman itu datang dan pergi, namun kasih sayang Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya yang ingin kembali. Ikuti perjalanan Luth Mikail dalam mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu hatinya-adakah kejatuhan ini sebuah hukuman atau peluang untuk kembali mendekatkan diri kepada-Nya?