• siung-380x556
  • siung-380x556
1

PTS

(OS) Raja Bersiung (R61, R5)

Regular price
RM 15.20
Sale price
RM 15.20
Regular price
RM 19.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9

ISBN-13: 978-967-411-909-6

Tarikh Terbit: 30 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 176

Â

==================

SARI RANSANG

Benarkah:Â

Sejarah Raja Bersiung sengaja disembunyikan?

Ada sultan daripada keturunannya?

Daerah Baling lahir kerana Raja Bersiung membaling siung?

Raja Bersiung hidup di zaman tabi' tabi'in?

Pistol sudah digunakan pada zaman itu?

Demi kebenaran, kajian dilakukan, jejak lama dibongkarkan.

Â

==================

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

PENGENALAN

Bab 1:: Keunggulan Negeri KedahÂ

Bab 2 ::Hikayat Merong Mahawangsa dan Raja Bersiung

Bab 3 Memahami Mitos Raja BersiungÂ

Bab 4: Sebelum kelahiran Raja bersiung Â

Bab 5:: Pembukaan Kota Aur Â

Bab 6:: Bermulanya Pemerintahan Kuku BesiÂ

Bab 7:: Kampar vs Raja Bersiung:Permulaan Revolusi RakyatÂ

Bab 8:: Perang Menentang Keganasan Raja BersiungÂ

Bab 9 Tewasnya Raja Bersiung

Bab 10 Pasca Raja BersiungÂ

Bab 11 KISAH DAN NAMAÂ

Bab 12 Pelbagai Versi Kisah Raja Bersiung

Bab 13 Raja jembal Kelantan Waris Raja Bersiung?

Bab 14 Raja Bersiung dalam Budaya Pop

Menjejak Raja BersiungÂ

Rujukan

Â

==========================

ULASAN

Menjejak cerita Raja Bersiung. Adakah ini kisah benar ataupun lagenda? Seringkali cerita - cerita mengenai sosok yang hebat - hebat di Alam melayu seperti Hang Tuah, Badang dan lain-lain dilemparkan dengan label mitos dan karut. Ya, memang benar di mata SEMUA individu yang tidak tahu langsung tentang sistem penrekodan sejarah - sejarah Melayu lama sebelum datangnya penjajah Portugis di Melaka. Kepada yang berkata sebegitu, sila buat kajian anda sendiri ataupun duduk diam-diam sahaja, tak perlu menebalkan anggapan-anggapan sejarah - sejarah Melayu dahulu kala hanya di penuhi dengan mitos dan dongengan semata-mata.

Buku ini merupakan sebuah usaha awal dalam membuktikan kewujudan dan kesahihan Raja Bersiung yang dikatakan pernah memerintah kerajaan Kedah sebelum kedatangan dan penyebaran agama Islam. Didalam buku ini, pengkaji kisah Taja Bersiung, Muhd. Nur Iman Ramli menjadikan teks - teks dari Hikayat Merong Mahawangsa sebagai rujukan utama dan dibandingkan dengan sumber - sumber lain seperti temu bual, data kajian dari kawasan eskavasi dan data geografi.

Sememangnya sumber untuk mensahihkan kisah Raja Bersiung agak terhad, itu tidak bermaksud kita membiarkan kisah itu ditelan dek arus zaman. Apa - apa pun pengulas ingin mengucapkan syabas pada pengkaji kerana memulakan usaha mempelihara dan memfaktakan kewujudan sosok yang terkenal ini. Sudah pasti buku penulisan beliau ini akan dijadikan sebagai rujukan kepada para pengkaji sejarah khususnya yang ingin meneruskan pengkajian terhadap kisah Raja Bersiung. Sepatutnya usaha beliau perlu mendapat dana dan bantuan tenaga dari pihak kerajaan supaya pengkajian yang lebih menyeluruh dan mendalam dapat dilakukan. Lantas mampu membuka lembaran baru dalam pensejarahan bangsa Melayu.

-sumber: H2413